Expired : 18.06.18

Kau Kenapa? – Ardell Aryana Geram Tudung Tak Jadi Nadzmi Adhwa Boleh Pulak Nyanyi Di Matamu


(Tonton video penuh dibawah)



Ardell Aryana kini bertudung


KUALA LUMPUR: Percutian solo ke Bali, Indonesia, buat julung kali pada pertengahan September lalu membulatkan tekad pelakon, Ardell Aryana, untuk bertudung.


Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 27, berkata hasratnya untuk bertudung turut mendapat sokongan keluarga.



“Ketika saya terbang ke Bali tempoh hari pun, saya sudah memakai tudung. Ibu, yang sempat menghantar saya di lapangan terbang, juga mendoakan saya istiqamah dan menjadi insan lebih baik.


“Malah, dia berpesan supaya saya menggunakan masa di pulau percutian itu untuk berfikir semasak-masaknya mengenai hasrat berkenaan dan jangan sesekali berbuat demikian sekadar mengikut saja apa orang lain lakukan,” katanya kepada BH Online.


Menurut pelakon Aku Bukan Bimbo dan Namaku Bedah ini, sepanjang lebih seminggu percutian itu, sememangnya fikirannya asyik tertumpu pada perkara berkenaan.


“Saya tidak mahu berubah dan memakai tudung hanya kerana mengikut aliran semasa. Saya kena bulatkan keputusan andai benar-benar sudah bersedia. Alhamdulillah, selepas mengerjakan solat hajat bagi menetapkan hati, saya terbuka untuk bertudung,” katanya.



Kata pelakon dari Kuala Selangor ini lagi, sepanjang berada di Bali juga, keputusannya untuk bertudung dirahsiakan buat seketika daripada pengikut beliau di laman sosial.


“Ketika itu, saya banyak muat naik gambar pemandangan saja. Namun kini, keputusan bertudung itu saya kongsi juga akhirnya dengan semua,” katanya.


Sebulan selepas pulang daripada percutian, Ardell berkata dia ada dihubungi Awin Nurin, isteri yang juga pengurus Izzue Islam, berhubung pengurusan kerjaya seninya.


“Awin ada menasihatkan supaya saya tidak lemah semangat atau putus asa andai diuji tiada tawaran kerja seni selepas berhijab. Katanya lagi, rezeki itu ada di mana-mana dan dia juga bersedia untuk membantu saya. Kini, sudah lebih dua bulan saya berada di bawah pengurusannya,” cerita Ardell.


Akui gadis ini, keputusan untuk mengubah penampilan memang berserta dengan cabaran dan ujian tersendiri.


“Ada produksi menghubungi saya untuk menawarkan kerja lakonan, tetapi apabila dimaklumkan saya sudah bertudung, peluang itu ditarik balik. Lebih kurang empat produksi drama dan beberapa telefilem yang akhirnya menolak nama saya.


“Begitupun Alhamdulillah, kini ada beberapa produksi lain yang sudi menghulurkan undangan berlakon telefilem, selain menghadiri acara fesyen Muslimah. Insya-Allah, Januari depan ada peluang berlakon drama pula,” katanya yang ketika ini rancak melakukan promosi filem, Surf This Love, yang dijangka menemui penonton Februari tahun depan.


Ardell yang sudah empat tahun berkecimpung dalam arena seni turut mengembangkan bakat sebagai pengacara menerusi program penstriman langsung, FMC Music Show. Ia menemui penggemar muzik pada setiap Rabu, jam 9 malam, menerusi saluran YouTube.





Post Views: 0


Norlida Ishak Shop