Expired : 18.06.18

“Kawan-Kawan Mengusik Dan Saran Agar Saya Menegurnya…,” – Gaun Bak Cinderella, Resepsi Raja Ilya Dan Trent Indah Bagai Kisah Dongeng



Raja Ilya Dan Trent

Khamis malam, telah berlangsung majlis resepsi pelakon jelita, Raja Ilya dan suami, Trent Garrett di Star Avenue Lifestyle Mall, Subang.


Jadi momen bermakna buat mempelai, persandingan pasangan ini bak hikayat dongeng.


Tampil anggun, Ilya mengenakan persalinan gaun kembang berpenrincian rona ungu bak puteri sementara suami, kacak menerusi sut hitam.


Jelas Trent, perkenalannya dengan pelakon berusia 34 tahun ini bermula apabila dia secara tidak sengaja terjatuh passport perjalanan sewaktu di lapangan terbang dan wanita tersebut pantas menghulurkan passport yang tercicir.


Terpaku dengan kejelitaan Ilya sehingga dia hanya mampu melihat wanita itu berlalu begitu sahaja.


Pada waktu itu, saya terjatuh pasport dan wanita ini memanggil saya dan menghulurkannya. Pandangan mata saya begitu terpesona dan terpaku dengan wanita di hadapan sehingga tidak mampu berkata-kata.


“Waktu itu kawan-kawan saya mengusik dan menyarankan agar saya menegurnya dan memberikan kad nama. Saya hanya menulis nama dan Facebook dan memintanya menghubungi saya.


“Saya letakkan di atas kerusi dan seterusnya saya serahkan kepada takdir. Dua hari kemudian, dia hubungi saya dan katakan saya tertinggal pas pelepasan.


“Itulah detik pertemuan kami. Memang sangat menakjubkan,” kongsinya yang turut menitiskan air mata sewaktu memberikan ucapan istimewa buat isteri tercinta.












Sebelum kembali aktif berlakon, Ilya terlebih dahulu pernah bekerja di awan biru bersama sebuah syarikat penerbangan.


Ilya dan Trent Garrett berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.


Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.


Foto : Instagram Raja Ilya


Norlida Ishak Shop