Expired : 18.06.18

KDN kaji enam akta untuk pinda atau mansuh


PUTRAJAYA, 8 Jamadilawal 1440H, Isnin Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji enam akta sama ada perlu dipinda atau dimansuhkan, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Enam akta itu adalah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Pencegahan Keganasan 2015, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 dan Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya.

Beliau berkata, KDN akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk memperhalusi cadangan pindaan atau pemansuhan akta-akta itu dan hasil perbincangan itu akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan. 

“Prinsip asas dalam kajian undang-undang ini ialah kerajaan perlu menggubal undang-undang berkaitan keselamatan yang dapat mengimbangi keperluan untuk menjaga keselamatan negara dengan berkesan. 

“Pada masa yang sama, memelihara hak-hak kebebasan asasi seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada majlis Amanat Tahun Baharu 2019 Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. – Bernama


The post KDN kaji enam akta untuk pinda atau mansuh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop