Expired : 18.06.18

Kecewa Tidak Dapat Kereta Jaguar, Lelaki Ini Buang BMW Ke Dalam Sungai

Hari lahir merupakan antara saat yang paling ditunggu-tunggu buat sesetengah orang. Lebih-lebih lagi apabila setiap ulang tahun kelahiran akan mendapatkan hadiah daripada ibu bapa atau orang yang tersayang. Begitu juga dengan seorang lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari New Delhi ini apabila dirinya mendapat hadiah sebuah kereta BMW bernilai ₹3,500,000 (~RM205,779).


Namun begitu, lelaki berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Akash tidak berpuas hati kerana tidak dihadiahkan kereta Jaguar yang jauh lebih mahal daripada BMW tersebut. Merajuk dengan tindakan ibu bapanya, Akash membuat kepututsan untuk menolak BMW tersebut ke dalam sungai berdekatan.



akash


Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut sempat mengambil rakaman video membuatkan kejadian tersebut viral ke seluruh dunia dalam masa yang sangat singkat. Memetik laporan media tempatan, video tersebut menunjukkan kereta BMW tersebut dihanyutkan oleh arus yang agak deras sebelum tersangkut pada tebing sungai.


Video tersebut bukan sahaja menjadi tular tetapi juga menerima kecaman dari orang ramai dan melabelkan lelaki tersebut sebagai tidak bersyukur.


Norlida Ishak Shop