Expired : 18.06.18

Kedudukan Saf Makmum Ketika Solat Berjemaah Di Rumah




Sejak masjid dan surau ditutup akibat wabak COVID-19, ramai antara kita rasa sedih kerana tak dapat pergi menunaikan solat jemaah di sana.


Namun bagi yang berada di rumah, kita nasih boleh menunaikan solat berjemaah di rumah bersama keluarga. Bahkan, inilqh waktu terbaik untuk kita sama-sama menghidupkan amalan ini.






Ada banyak kelebihan yang disebut tentang solat jemaah yang patut kita praktikkan.


Kelebihan Solat Berjemaah


Menurut Mufti Wilayah, jika solat jemaah didirikan selain daripada masjid maka ia tetap mendapat pahala berjemaah berdasarkan hadis.










Tidak kiralah di mana ia dilakukan, solat jemaah paling kurang cuma perlu ada seorang imam dan seorang makmum.






Walaupun paling baik dan lebih afdal untuk hadir solat berjemaah di masjid, namun dek kerana wabak ini, kita seeloknya tetap mendirikan solat jemaah bersama keluarga kerana tetap akan mendapat ganjaran pahala berjemaah.



Kedudukan Imam Dan Makmum Dalam Solat Berjemaah


Kedudukan imam dan susunan makmum adalah seperti berikut:



Sedikit penerangan secara ringkas dari kedudukan solat berjemaah daripada carta diatas


Posisi Imam & Makmum Lelaki


Posisi Imam lelaki dan makmum


Jika makmum cuma seorang, kedudukannya adalah di sebelah kanan Imam. Kedudukan kaki imam adalah ke hadapan sedikit berbanding makmum.


Manakala jika makmum lebih dari satu orang, maka kedua-dua makmum tersebut kedudukannya adalah dibelakang Imam.


Ini berdasarkan dalil didalam sebuah hadis dari Jabir:


ثُمَّ جِئْتُ حَتَّى قُمْتُ عَنْ يَسَارِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخَذَ بِيَدِي فَأَدَارَنِي حَتَّى أَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ ثُمَّ جَاءَ جَبَّارُ بْنُ صَخْرٍ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ جَاءَ فَقَامَ عَنْ يَسَارِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدَيْنَا جَمِيعًا فَدَفَعَنَا حَتَّى أَقَامَنَا خَلْفَهُ


“… Rasulullah saw. berdiri untuk menunaikan solat, lalu akupun datang dan berdiri di samping kiri Beliau. Rasulullah meraih tanganku lalu memindahkanku ke sebelah kanan Beliau. Kemudian datang pula Jabbar bin shakr r.a. ia berwudhu’ lalu mengikuti sholat kami, ia berdiri di samping/sebelah kiri Rasulullah. Lalu Rasulullah pun meraih tangan kami berdua lalu memindahkan kami ke belakang Beliau…”


-HR Muslim




Posisi Solat Bersama Isteri, Anak Lelaki & Perempuan


Jika suami solat bersama isteri, kedudukan Imam (Suami) adalah di hadapan isteri.


Maknanya perempuan berdiri di belakang lelaki yang menjadi Imam sepertimana hadis dari Anas yang berbunyi:


صَلَّيْتُ أَنَا وَيَتِيمٌ فِي بَيْتِنَا خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأُمِّي أُمُّ سُلَيْمٍ خَلْفَنَا
“Aku solat bersama seorang anak yatim di rumah kami di belakang Nabi saw, dan ibuku Ummu Sulaim di belakang kami”
-HR Bukhari dan Muslim (Muttafaqub ‘alaihi)



Jika solat berjemaah bersama keluarga yang terdiri daripada lelaki dan wanita iaitu suami, isteri, anak lelaki dan perempuan, maka kedudukannya adalah


  • Imam paling hadapan kesemua makmum

  • Makmum wanita di belakang kesemua jemaah lelaki

Foto Kredit: asydhia.blogspot.com



Posisi Solat Jemaah Perempuan


Dalam solat jemaah perempuan, kedudukan imam adalah di tengah-tengah saf makmum perempuan.


Jika makmum tersebut hanya seorang, maka makmum berdiri di sebelah kanan imam.


Manakala sekiranya makmum perempuan dalam bilangan yang ramai, maka makmum berdiri di sebelah kanan dan kiri imam di dalam saf yang sama dan bukanlah berdiri di belakang imam.


Di samping itu, sunat bagi makmum perempuan untuk menzahirkan sedikit kedudukan imam di antara mereka dengan berdiri belakang sedikit daripada imam.


persiapan ramadhan

Foto Kredit: postandcourier.com



Ayuh, Hidupkan Solat Berjemaah Di Rumah


Semoga penjelasan ini dapat membantu kita menyempurnakan ibadah dan bersolat jemaah dengan keluarga.









Related Items: