Expired : 18.06.18

Kehadiran Semula Motorola Razr Generasi Terbaru Buatkan Orang Ramai Teruja

Setelah hampir dua tahun orang ramai serta peminat teknologi menantikan telefon pintar legend daripada Motorola, akhirnya pada minggu ini Motorola telah melancarkan telefon pintar yang boleh dilipat dengan rekaan yang serba baru.


Menerusi rekaan terbaru ini, Motorola berjaya menyertakan rekaan skrin yang boleh dilipat sekaligus memperlihatkan skrin yang lebih besar dan lebar apabila dibuka.



motorola-razr-header

Sumber: Digitral Trends



Menariknya, model ini masih lagi mengekalkan identiti model ini yang boleh dilipat dengan penyertaan spesifikasi terkini. Motorola Razr generasi terbaru ini bakal dilengkapi dengan skrin 6.2-inci. Penggunaan processor Snapdragon 710 beserta RAM 4GB atau 6GB antara yang disertakan.


Bagi mengekalkan kenipisan model ini seperti model sebelum ini, Motorola dilihat terpaksa menyertakan bateri bersaiz berkapasiti kecil pada model ini dengan bateri 2,730mAh. Sokongan pengecasan pantas 27W Turbo Power antara yang disertakan.


motorola-razr-hands-on-review-6-1500×1000

Sumber: Digitral Trends



Harga yang diumumkan bagi model ini adalah sekitar $1,499 (~RM6225.35) antara yang ditawarkan pada model ini. Meskipun ditawarkan dengan harga yang agak tinggi, rekannya yang premium dan unik pastinya membuatkan orang ramai berminat untuk mendapatkan model ini.


Pengumuman berita mengenai iPhone 12 baru-baru ini telah membuatkan pengguna Apple berasa rugi membeli iPhone 11. Turut dikongsikan AirPods Pro dengan salutan emas 18-karat yang ditawarkan dengan harga yang premium. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.



Berita iPhone 12 Buat Pengguna Tegar Apple Rasa Rugi Beli iPhone 11





AirPods Pro Dengan Salutan Emas 18-Karat Sedia Ditawarkan Dengan Harga RM281,837




Norlida Ishak Shop