Expired : 18.06.18

Kehidupan Rakyat Semakin Tertekan, PH Cermin Diri Dulu… Bukan Cari Salah BN – Norliza

GEORGE TOWN, 6 Mei – Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini selalu menyalahkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lalu.


Katanya, semenjak PH mentadbir semua pelan-pelan pembangunan dan penarikan minat pelabur asing yang dilaksanakan oleh kerajaan BN terdahulu cuba dimusnahkan oleh PH serta dilihat tidak mengusahakannya kembali.


“Kenapa menjadi pentadbir suka menyalahkan pihak lain sedangkan kita boleh memikirkan segala alternatif untuk membangunkan negara kita.



“Penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan PH hanya memberi kesalahan dan kesilapan terhadap kerajaan pemerintahan BN, tetapi rakyat Malaysia sekarang ini cukup pandai menilai.


“Kehidupan rakyat sekarang ini semakin teruk dan sewajarnya kepimpinan PH harus fokus mentadbir negara ini ke arah yang lebih baik dan memastikan ringgit, ekonomi di tahap tinggi dan membanggakan, janganlah ‘blame’ kerajaan BN sedangkan mereka gagal mentadbir dengan baik,” katanya kepada UMNO-Online.


Tambahnya lagi, jika dilihat pada ucapan pemimpin-pemimpin PH dalam perbahasan sama ada di Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, kebanyakan semuanya akan ‘blame’ pada kerajaan BN.


“Sewajarnya kerajaan PH harus mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk membangunkan kembali negara ini di persada dunia dan disegani bukannya menyalahkan kerajaan terdahulu.


“Kalau nak kata pada orang… cermin diri sendiri dulu… inilah kesilapan dan kelemahan pentadbiran PH.


“Jadi… apabila melihat manifesto PH yang dijanjikannya selama ini memang tidak ditepati, tetapi janganlah melihat kesilapan orang lain. Dahulu apabila BN buat manifesto sudah pasti BN akan menunaikan dan merealisasikan janji-janjinya,” jelasnya lagi. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop