v Kejayaan Jamsari raih PhD bukti tiada yang mustahil bagi seorang OKU
Expired : 18.06.18

Kejayaan Jamsari raih PhD bukti tiada yang mustahil bagi seorang OKU

Jamsari bin Atan, 52 sentiasa menerapkan kepercayaan bahawa walaupun tergolong dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU), beliau percaya bahawa beliau mempunyai kebolehan yang lebih baik daripada orang lain yang normal.

Biarpun adakalanya berdepan dengan pandangan sinis daripada orang lain dan berdepan kesulitan kewangan, Jamsari percaya sekiranya kita sentiasa gembirakan orang lain dan memudahkan urusan orang lain, perjalanan hidup kita akan turut dipermudahkan.

Berbekalkan falsafah Tegas, Tekad, Nekad dan Berani, Jamsari berjaya mengharungi perjalanan sebagai seorang pelajar Doktor Falsafah Pengurusan di bawah Fakulti Teknologi dan Informatiks Razak apabila berjaya menjalani ujian peperiksaan lisan (viva-voce) pada 7 Januari lalu.

“Saya amat berterima kasih kerana mempunyai penyelia yang sangat bagus dan sentiasa membimbing saya iaitu Prof Madya Dr Nik Hasnaa binti Nik Mahmood serta Dekan yang sangat prihatin dengan masalah pelajar OKU iaitu Prof Madya Dr Astuty binti Amrin.

Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang sentiasa membantu dalam projek penyelidikan dan pengajian saya,” kata beliau.

Mengulas tentang fasiliti dan kemudahan bagi OKU di UTM, pada pendapat beliau fasiliti yang ada banyak membantu beliau dalam pengajian.

Tahniah diucapkan!