Expired : 18.06.18

Kejutan balik beraya dari Amerika ke P.Pinang, sampai depan pintu, tak sangka..“mak macam marah saya”

Buat Kejutan balik beraya dari Amerika ke P.Pinang | Pada mulanya  memang dia menyangka tak dapat nak balik beraya ke Malaysia pada tahun ini disebabkan  harga tiket kapal terbang yang mahal.
Namun itu lah namanya rezeki terpijak apabila dia dapat jugak membuat kejutan kepada keluarganya.
Ikuti Kisah Kejutan Amani Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat ini.
Menurut beliau, setelah melakukan solat Istiqarah dan berdoa, dia tidak putus-putus untuk selalu menyemak setiap hari laman web syarikat penerbangan ke Malaysia, akhirnya dia berjaya mendapatkan harga tiket yang murah daripada hari-hari lain.
Muhammad Akmal Amani Ahnuar menjelaskan, dia begitu bersyukur kerana niatnya untuk berhari raya pada tahun ini di kampung datuknya yang terletak di Felda Jengka 1, Pahang akhirnya tercapai.
“Mula-mula memang plan tak balik sebab pada asalnya saya masih ada kerja penyelidikan yang perlu dilakukan pada bulan Mei lalu. Mak ayah pun dah tahu saya tak balik raya. Mak sedihlah sebab nanti time raya tak cukup seorang.

“Tapi kerja terpaksa ditangguhkan sebab supply tak sampai lagi. Universiti memang cuti dari bulan Mei hingga Ogos. Kiranya saya kerja pada waktu cuti semester dan pada masa sama nak cantikkan resume.

“Saya pun solat Istiqarah mohon pada Allah saya patut balik ke tak sebab rasa bersalah juga tak balik. Sehinggalah ada satu weekend tu saya dapat e-mel syarikat beritahu kerja akan dimulakan seawal September sebab supply barang tak ada.
amani buat kejutan
“Bila dapat e-mel tu rasa menyesal pula tak beli tiket masa murah dulu. Lepas tu saya pun check tiket masih lagi harga AS$1,500. Memang saya kata kat diri sendiri tak baliklah raya. Keesokan harinya saya check tiket turun AS$800. Rezeki Allah beri nak beri dekat saya,” katanya yang bekerja sebagai penyusun data (berkaitan nuklear).
Lepas tu mak saya mengalir air mata. Dia terharu tengok saya balik. Tapi waktu tu ayah saya tak ada. Bila ayah saya balik dia memang terkejut gilla.
MUHAMMAD AKMAL AMANI AHNUAR
Bagaimanapun Muhammad Akmal Amani atau lebih mesra disapa Amani bertindak merahsiakan kepulangannya daripada pengetahuan keluarganya di Kepala Batas, Pulau Pinang.
“Saya beli tiket 10 April lalu. Sejak itu saya plan kejutan tu. Sebelum balik saya rakam banyak video dekat universiti. Lepas tu saya ambil gambar kononnya saya dekat Doha masa saya transit di sana selama 16 jam.
“Lagipun saya memang pernah beritahu mak saya nak travel belah-belah Timur Tengah. Saya pun editlah video saya nampak macam pergi Doha. Saya pun hantar video… mak ayah percaya tapi lepas tu mereka macam marah sebab tak pernah setuju saya pergi sana.
“Tapi bila nak pergi KL banyaklah cerita, nak tak nak kena ada orang tahu. Jadi saya terpaksa beritahu kembar saya mengenai perkara ini. Dialah yang ambil saya dari KLIA dan belikan tiket ETS balik Penang pada 24 Mei lalu,” katanya.
amani dan kembar
Buat Kejutan balik beraya di dari Amerika ke P.Pinang, sampai depan pintu.. “mak macam marah saya” 1
Amani bersama kembarnya, Muhammad Akmal Amni.
Pelajar Sarjana Sains Fizik itu memberitahu dia terpaksa membatalkan niat untuk terus pulang ke rumahnya pada petang 24 Mei lalu kerana adik bongsunya tiada dirumah ketika itu.
“Saya sampai kira-kira pukul 3.30 petang. Masalahnya adik bongsu saya tiada di rumah sebab dia plan berbuka dengan kawan-kawan dekat luar. Jadi saya pun tak boleh nak buat surprise sebab adik saya tak ada.
“Dia tak tahu saya balik. Jadi nak kejutkan saya keluarga punya hal, saya pun pergi solat tarawih dulu. Habis solat tarawih saya pun balik rumah sampai dalam pukul 10 malam. Saya pun call adik saya beritahu suruh ambil delivery KFC yang saya tempah depan rumah.
“Bila adik saya keluar, dia bawa mak keluar sekali. Mak saya pun terkejut. Dia macam marah saya. Dia kata I swear I’m gonna kill you sebab dia ingat saya betul-betul pergi Timur Tengah tapi tiba-tiba ada dekat depan rumah. Adik saya pun terkejut,” katanya.
Buat Kejutan balik beraya di dari Amerika ke P.Pinang, sampai depan pintu.. “mak macam marah saya” 2
Amani akan menamatkan pengajiannya pada Mei tahun hadapan.
Namun Amani berkata kepulangannya itu berjaya membuatkan ibunya sebak.
“Lepas tu mak saya mengalir air mata. Dia terharu tengok saya balik. Tapi waktu tu ayah saya tak ada. Bila ayah saya balik dia memang terkejut gila-gila.
“Mereka risaulah sebab ingatkan saya betul-betul pergi travel ke Timur Tengah. Bukan apa mereka bimbang sebab saya kan duduk US, bila pergi Timur Tengah takut jadi isu bila saya balik semula ke sana nanti,” katanya.
Amani berkongsi kisah kejutan kepada keluarganya itu di Twitter pada 1 Jun lalu.
Perkongsian Amani mendapat respons positif netizen apabila mendapat 2,600 ulang kicau dan 4,500 tanda suka.
Sila share dan like page @infosebenar
sumber : mstar

Norlida Ishak Shop