v Kekal Dengan Sistem Sedia Ada, KPDNHEP Sahkan Penangguhan Program Subsidi Petrol
Expired : 18.06.18

Kekal Dengan Sistem Sedia Ada, KPDNHEP Sahkan Penangguhan Program Subsidi Petrol

Kecoh sebelum ini apabila pihak kerajaan mengumumkan untuk menawarkan Program Subsidi Petrol (PSP) yang disasarkan untuk meringankan beban golongan B40 di Malaysia pada 7 Oktober lalu.

Melalui kenyataan terbaharu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution, Program Subsidi Petrol bakal ditangguhkan sehingga diumumkan ke sebuah tarikh yang baharu.

PENGUMUMAN PENANGGUHAN PROGRAM SUBSIDI PETROL#KPDNHEP #PSP pic.twitter.com/dDqsHi4EVU

— mykpdnhep (@mykpdnhep) December 30, 2019

Difahamkan penangguhan ini dibuat bagi memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat mengenai program PSP ini. Selain itu, pihak kerajaan ini bakal meneruskan dengan sistem sedia tanpa meneruskan pelan kenaikan minyak 1 sen setiap minggu sehingga 1 April 2020 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Kenyataan yang dibuat KPDNHEP ini sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya buat netizen sekaligus menyoal pendirian kerajaan mengenai keputusan yang dibuat. Berikut merupakan reaksi netizen mengenai isu ini.

Kabinet punya decision skg mcm discuss plan nak lepak dalam whatsapp group je. Lps tu ramai2 cancel!!

— azah (@azahsharipuddin) December 30, 2019

Jangan nak umum apa apa pada rakyat kalau hal tu belum di muktamatkan. Dari situ nampak kelemahan kerajaan baru.

— Fhza