Expired : 18.06.18

Kelantan lega kekal Liga Perdana

KELANTAN sah beraksi pada saingan Liga Perdana musim depan selepas memperoleh lesen kelab daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).


Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Husin Deraman berkata, mereka boleh menarik lafaz lega berkaitan isu itu (pelesenan kelab) yang sebelum ini menjadi kegelisahan pengurusan persatuan itu.


“Dalam isu lesen, kami berterima kasih kepada FAM dan MFL kerana sudah memperhalusi komitmen kami bagi menyelesaikan isu lesen kelab.


“FAM dan MFL membuat satu pertimbangan profesional dalam hal itu dan memahami situasi yang dihadapi KAFA,” katanya di Kota Bharu, hari ini.


Sebelum ini, pasukan The Red Warriors (TRW) berdepan penggantungan lesen kelab kerana KAFA perlu menyelesaikan beberapa masalah antaranya tunggakan gaji pemain dan tunggakan hutang dengan agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Husin berkata, mereka turut berterima kasih kepada pemain yang mempunyai tunggakan gaji kerana sedia bertolak ansur dalam rundingan bersama.


“Pengajaran yang baik adalah jangan pandang remeh terhadap undang-undang FAM dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya mahu bermain bola sepak secara profesional.


Norlida Ishak Shop