Expired : 18.06.18

Kelincahan Farhan Pacu Kemenangan Lang Merah

Kelincahan Farhan Pacu Kemenangan Lang Merah

Persembahan cemerlang pemain lincah, Farhan Roslan nyata menjadi pemisah kepada aksi dua pasukan berduka minggu lalu, Kedah dan Terengganu ketika perlawanan minggu ke 9 Liga Super 2019 yang berlangsung di Stadium Darulaman.



 



Keputusan 3-0 yang dicapai itu kesemua gerakan gol berpunca daripada sentuhan akhir Farhan dengan 2 gol tercipta diseparuh masa pertama membuatkan skuad Peteh hilang punca sebelum menuju ke bilik persalinan apabila Jonathan Bauman dan juga Zaquan Adha masing-masing meledak pada minit ke 25 & 32.



 



Bersambung babak kedua, pelawat cuba bangkit menyamakan kedudukan namun kekebalan Ifwat Akmal dan juga Renan Alves nyata mengecewakan barisan serangan Terengganu yang diketuai Tchétché Kipré.



 



Ketika Kipre dilihat tumpul Farhan sekali lagi mencuri perhatian dengan gerakan gol ketiga yang berjaya disudahkan Fernando Rodriguez Ortega sekaligus menohtahkan malam gemilang Lang Merah selepas gagal mengutip 3 mata penuh sejak 3 perlawanan terakhir liga sebelum ini.


Norlida Ishak Shop