Expired : 18.06.18

Kelonggaran PKP macam ibu sudah pantang, menteri mohon amal normal baharu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan menasihati orang ramai kekal berwaspada walaupun terdapat kelonggaran bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). — Foto oleh Yusof Mat Isa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan menasihati orang ramai kekal berwaspada walaupun terdapat kelonggaran bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 30 April — Kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat kerajaan boleh diumpamakan seperti ibu yang baru selesai berpantang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kelonggaran diberi kerajaan tidak bermaksud rakyat bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan sebarang risiko.




“Kelonggaran PKP ibarat amalan lepas pantang, perlu elak sikap rakus, lepas rindu dan kejutan budaya.


“Rasionalisasi amalan normal baru adalah wajib, jika tidak bencana pasti muncul lagi,” katanya di Twitter, hari ini.



Kelonggaran PKP ibarat amalan lepas pantang, perlu elak sikap rakus, lepas rindu dan kejutan budaya. Rasionalisasi amalan normal baru adalah wajib, jika tdk bencana pasti muncul lagi. Jgn berubah hingga menyalahi kebiasaan - jgn jadi ‘menumbuk di periuk, bertanak di lesung’. pic.twitter.com/gzo3AjIA0G


— Takiyuddin Haji Hassan (@takiyuddin61) April 30, 2020


PKP fasa empat menyaksikan beberapa syarikat dibenarkan beroperasi penuh selepas mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).



Sementara itu, kerajaan turut membenarkan dua individu dalam sebuah keluarga keluar membeli barangan atau menguruskan perkara penting.