Expired : 18.06.18

Keluarga Buat Pengecaman, Mayat Sah Milik Warga Ireland Nora Anne!

Keluarga Buat Pengecaman, Mayat Sah Milik Warga Ireland Nora Anne! | Artikel | Gempak



Atas




Keluarga Buat Pengecaman, Mayat Sah Milik Warga Ireland Nora Anne!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir warganegara Ireland Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang pada 4 Ogos lalu adalah milik remaja itu.
 
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop menerusi satu sidang media di di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
 
Menurut Mohamad Mat, pengesahan itu dibuat selepas keluarga mangsa membuat pengecaman terhadap mayat berkenaan di hospital itu sebentar tadi.
 
"Mayat tersebut ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir mangsa dilihat," katanya pada Astro Awani,
 
Sebelum itu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui petang tadi ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.
 
Terdahulu, dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.
 
Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.
 
Sumber: Astro Awani
 






gspot_ads






Norlida Ishak Shop