Expired : 18.06.18

Keluarga Perlu Bantuan RM30k Untuk Bawa Pulang Jen4zah Dari Australia. Ini Yang Terjadi Yang Memang Dah Sampai Aj4l

BALING – Sebuah keluarga memerlukan RM30,000 bagi membawa pulang waris mereka yang meninggal dunia di Australia.


Video Laporan Berita Berada Di Bawah Artikel


Ramli Husin, 62, dari Parit Panjang berkata, anak saudaranya, Rizq Azzadin Mohd Azhar, 32, meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sebatang sungai di Burwood Rd, Belmore pada jam 9 pagi waktu Malaysia, semalam.


Menurutnya, Rizq yang menetap di Kampung Selamat Sungai Buluh, Kuala Lumpur ke Australia bersama adiknya, Adam selepas Aidilfitri lalu untuk bekerja kontrak.


“Semalam Rizq cuti dan dia bersama empat kawannya pergi mandi sungai.


Ajal di Australia: Perlu RM30,000 bawa pulang jenazah


“Menurut adiknya, Rizq turun dulu dalam sungai dan tidak naik semula. Adam dan yang lain takut untuk tolong kerana sungai dalam dan arus kuat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.


Menurutnya, kos diperlukan untuk membawa pulang jenazah berjumlah RM30,000.


“Jika kebumi di sana kosnya ialah RM40,000. Jika bawa pulang kosnya RM30,000. Jadi ibu bapa Rizq ambil keputusan bawa balik arwah.


“Kos untuk bawa pulang belum cukup. Pihak keluarga juga telah berurusan dengan kerajaan, namun dimaklumkan kerajaan tiada bajet,” katanya.


Ramli berkata, kematian mangsa diketahui keluarga melalui kawan arwah yang bekerja di sana.


“Saya mewakili keluarga memohon jasa baik orang ramai untuk membantu membawa pulang arwah,” katanya.


Katanya, sebelum ke Australia, arwah pernah bercadang mengunjungi New Zealand .


“Mulanya arwah dan adiknya cadang ke New Zealand, tetapi kedua-duanya batalkan hasrat atas faktor tertentu,” katanya.


Bantuan boleh disalurkan kepada ibu arwah melalui Maybank di nombor akaun 164397933465 atas nama Rokiah Hashim atau menghubungi talian 012-6929742.


Sumber Artikel : Sinar Harian Online


Video Laporan Berita



Norlida Ishak Shop