Expired : 18.06.18

Kemaluan lelaki lebih pendek, kecil akibat kimia pada kuali tidak lekat

Kajian menunjukkan pencemaran kimia PFC, termasuk yang diguna pada kuali tidak lekat, boleh memendek dan mengecilkan alat kelamin lelaki. — Foto Reuters
Kajian menunjukkan pencemaran kimia PFC, termasuk yang diguna pada kuali tidak lekat, boleh memendek dan mengecilkan alat kelamin lelaki. — Foto Reuters

LONDON, 6 Dis — Kemaluan bayi lelaki lebih pendek setengah inci jika janinnya dicemari bahan kimia dari kuali tidak melekat, menurut satu kajian terbaru.

Kajian ahli sains Universiti Padua mendapat sebatian PFC (perfluorinated compound) mengganggu hormon lelaki dan menyebabkan kemaluan lebih kecil dan pendek, lapor Daily Mail



Bahan kimia yang sama, turut digunakan untuk pakaian kalis air dan juga pembungkus makanan kalis minyak, masuk ke aliran darah dan mengurangkan testosteron.


Penyelidik mendapati lelaki muda yang dicemari bahan kimia ini mempunyai alat kelamin 12.5 peratus lebih pendek dan 6.3 peratus lebih kecil daripada individu sihat.



Mereka mengukur 383 lelaki, dengan purata umur 18 tahun, di Padua, kawasan tidak jauh dari Venice, Itali yang dikenali tercemari dengan PFC.


Dalam kajian Dr Andrea Di Nisio itu, kemaluan 212 lelaki yang tinggal di kawasan dicemari PFC diukur berbanding 171 lelaki yang tinggal di luar kawasan tersebut.


Portal popular itu melaporkan PFC turut digunakan pada bahan kosmetik, gam, ubatan, alat elektronik, bahan pencuci, cat dan racun serangga.


Selain mempunyai kemaluan lebih kecil, lelaki yang dicemari kimia ini mempunyai lebih hormon wanita apabila makin dewasa, lapor Daily Mail lagi.


Kajian ini diterbitkan dalam jurnal Journal of Clinical Endocrinology and Metabolism bulan lepas.


Norlida Ishak Shop