Expired : 18.06.18

Kemasukan murid tanpa kerakyatan tak jejas murid tempatan - Maszlee



Menterinya, Maszlee Malik berkata kementerian itu sentiasa bertanggungjawab menyediakan prasarana dan infrastruktur pendidikan yang mencukupi bagi menampung keperluan murid sekolah kerajaan termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Saya mengambil maklum akan kekhuatiran yang dibangkitkan berhubung inisiatif ini tetapi saya ingin jelaskan ia berkaitan mereka (murid) yang tidak ada dokumen berkenaan tetapi anak kepada warga Malaysia atau salah seorang ibu bapanya merupakan rakyat Malaysia,” katanya dalam sesi Pertanyaan Menteri Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang ingin tahu usaha kerajaan supaya inisiatif kanak-kanak tanpa kerakyatan boleh bersekolah mulai 2019 itu tidak menjejaskan kemudahan dan proses pembelajaran murid tempatan terutama di Sabah.



Menjelas lanjut, Maszlee berkata kementerian menerima kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen lengkap seperti sijil lahir atau kad pengenalan untuk ke sekolah aliran kebangsaan dengan syarat ibu atau bapa perlu mengemukakan surat pengesahan atau perakuan ketua kampung bahawa kanak-kanak tersebut merupakan anak mereka.

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak itu juga perlu berusaha menguruskan dokumen pengenalan diri yang diperlukan dengan hadir ke Jabatan Pendidikan negeri masing-masing untuk tujuan tersebut.

Menteri itu berkata ketika ini kementerian juga sedang giat melaksanakan sesi libat urus dengan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bagi mendapat maklum balas selaras dasar dan peruntukan perundangan yang diamalkan agensi berkenaan serta pendirian mereka berhubung inisiatif tersebut.

Menerusi sesi libat urus, Maszlee berkata pihaknya menjangka akan memperoleh maklumat dan senario sebenar berhubung isu akses pendidikan golongan kanak-kanak berkenaan.

Katanya, kementerian juga akan menganalisis maklumat dan data yang diperoleh hasil libat urus tersebut dan dapatan yang diperoleh akan dijadikan asas dan justifikasi kukuh dan komprehesif untuk menyelesaikan isu akses pendidikan kepada kanak-kanak tersebut tanpa menjejaskan keperluan dan kebajikan murid warganegara yang belajar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Sumber: Free Malaysia Today



loading...




Share this





Cikgu Share







Related Posts





Norlida Ishak Shop