Expired : 18.06.18

Kematian Warga Nigeria Ketika Dalam Tahanan Di Bukit Jalil Timbulkan Tanda Tanya

Thomas Orhions Ewansiha seorang warga Nigeria yang kini sedang melanjutkan pengajian PhD di Malaysia ditemui mati di Depot Imigresen Bukit Jalil selasa lalu.


Kematian Thomas disahkan oleh universiti Lim Kok Wing, tempat Thomas melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan.



It is with the deepest regret that we report the demise of Orhions Ewansiha Thomas. Pursuing his PhD in Management, Mr Thomas was an inspired young man. All of us at Limkokwing University wish to express our heartfelt wishes of love and support to all affected. pic.twitter.com/NlheAJu8hy


— Limkokwing Uni (@Limkokwing_MY) July 11, 2019



Thomas sudah ditahan sejak dua minggu lalu selepas beliau ditangkap di salah satu kediaman di Desa Aman Puri di Kepung oleh pegawai imigresen. Menurut laporan The Star, Thomas ditahan kerana beliau cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa.


Serbuan pihak imigresen tersebut dibuat selepas mendapat aduan daripada penduduk sekitar dan pada ketika itu Thomas dikatakan tidak memberikan kerjasama kepada para pegawai imigresen. Beliau juga adalah salah seorang daripada 19 orang warga asing lain yang ditahan ketika serbuan tersebut.


Menurut laporan daripada The Star, walaupun Thomas mempunyai dokumen yang sah, beliau tetap ditahan selama 14 hari kerana percubaan ‘lari’ dan menyebabkan timbul keraguan terhadap semua dokumen beliau.




Thomas dilaporkan mati kerana serangan sawan ketika dalam tahanan. Satu pasukan medik telah tiba ketika malam kejadian untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa namun beliau telah disahkan meninggal dunia. pada Dalam laporan oleh Harian Metro, JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) sedang menunggu laporan penuh kesihatan dan bedah siasat Thomas.


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya memandang serius dakwaan beberapa portal dalam talian berhubung dakwaan lelaki itu ditahan secara tidak sah sehingga menyebabkan kematiannya ketika dalam tahanan.


Kematian Thomas ini turut mendapat liputan media antarabangsa terutamanya di Nigeria. Kematian Thomas menyebabkan satu tunjuk perasaan berlaku di depan kedutaan Nigeria semalam.



Full Story:


“Our brother a phd holder in Malaysia who is valid in Malaysia died couple of days ago in Malaysian lockup and Nigerian embassy refused to listen to the complainant of our representatives. Oh my God what is happening to our nation” pic.twitter.com/KIj8rzSjuV


— James 077 (@jamesnewels) July 11, 2019



Persoalan yang timbul ketika ini adalah mengapa Thomas lari ketika serbuan pada 4 Julai lalu sedangkan beliau mempunyai dokumen yang sah untuk berada di Malaysia? Kes ini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.




Norlida Ishak Shop