Expired : 18.06.18

‘Kembar’ Faizal Tahir, Pelawak Joe Aziz Terkilan Dengan Cara Pengacara Halaunya Dari Set MeleTOP

Cara pengacara program hiburan MeleTOP iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa yang seakan menghalau pelawak Joe Aziz yang berwajah seperti penyanyi Faizal Tahir mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.



Meskipun nama Joe tidaklah sepopular pelawak lain yang gah, rata-rata netizen bagaimanapun berpendapat kedua-dua pengacara itu seharusnya tetap menghormati tetamu yang diundang. Malah, Joe sendiri mengakui terasa hati dan terkilan dengan tindakan Nabil dan Neelofa.









Sebagai manusia biasa, sudah semestinya saya terasa hati dengan layanan yang diberikan oleh Nabil dan Neelofa. Saya agak terperanjat apabila Nabil dan Neelofa seakan-akan menghalau saya secara langsung dan boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia sedang menonton program itu. Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya mereka sudah tidak memerlukan saya di segmen itu tetapi ada cara yang lebih baik untuk minta saya beredar.


Walaubagaimanapun, Joe memahami situasi pasangan pengacara itu yang tidak tahu mengenai kehadirannya pada malam itu untuk membuat kejutan kepada mereka berdua. Pada Joe, pihak produksi seharusnya memaklumkan segala perancangan kepada Nabil dan Neelofa agar tidak berlaku sebarang salah faham.


Sumber Berita : mStar Online


Kredit Video : YouTube MeleTOP


Norlida Ishak Shop