Expired : 18.06.18

Kemenangan Han Byul Juara Big Stage 2 Dipertikai

Seperti yang dijangka penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara program realiti Big Stage musim kedua dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000, kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 Pro, berserta trofi sumbangan Astro.


han byul juara big stage 2


Pada konsert final yang berlangsung semalam, Han Byul menyanyikan dua lagu iaitu ‘cover’ lagu Lose Yourself daripada Eminem serta ‘single’ terbaharu berjudul Luka dan Bahagia.


Tempat kedua pula dimenangi oleh Neeta Manisha yang berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi. Pemenang tempat ketiga, Adzrin pula berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 berserta trofi.


juara big stage 2han byul


Sementara itu, Irfan Haris diumumkan sebagai pemenang tempat keempat dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi. Tempat kelima dimenangi oleh peserta dari Indonesia Dinda Permata yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.


Namun, kemenangan Han Byul dipertikai oleh netizen yang tidak berpuas hati mengapa pula orang luar boleh memenangi pertandingan tersebut. Seharusnya berikan peluang kepada penyanyi tempatan yang lebih berbakat.


“Malaysia tak ada bakat ke sampai


bagi orang luar menang?”


kemenangan han byul dipertikaihan byulhan byul big stage 2han byul big stage 2han byul juara big stage 2netizen tidak puas hati han byul menang


“Han Byul layak menang, konsisten


setiap minggu”


han byulbig stage 2han byulhan byulBagaimanapun, ada juga netizen yang merasakan Han Byul layak untuk menang. Dia sudah berusaha sehabis baik dan persembahannya setiap minggu juga berkualiti dan konsisten.


Kesemua finalis akhir Big Stage 2 sangat berbakat tetapi sudah tertulis rezeki Han Byul untuk menang. Tidak perlu lah kita pertikai lagi.


Sumber Berita : BH ONLINE


Kredit Foto : Official Ria X , Astro Gempak & NSTP/Sairien Nafis


Norlida Ishak Shop