Expired : 18.06.18

Kementerian Kewangan Menawarkan Kemaskini Langsung Belanjawan 2019 Melalui WhatsApp

Kerajaan akan membentangkan Belanjawan 2019 pada penghujung minggu ini. Kini, selari dengannya, pihak Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengumumkan penawaran kemaskini langsung berkaitan dengannya terus ke akaun WhatsApp anda.


WhatsApp Belanjawan 2019


Untuk mengikuti kemaskini berkenaan melalui WhatsApp, anda hanya perlu menghantar mesej “Hello MOF” ke nombor 011-1000 3001. Seterusnya, anda akan disediakan dengan pelbagai maklumat yang cepat dan tepat terus daripada Kementerian Kewangan Malaysia.


Penawaran ini juga sekaligus akan mengurangkan berita dan info kurang tepat tersebar daripada pihak ketiga.


Bagi anda yang ingin mengikuti kemaskini langsung daripada Kementerian Kewangan, boleh menghantar mesej berkenaan, dan menerima maklumat terkini terus ke akaun WhatsApp anda pada hari Jumaat ini.



Norlida Ishak Shop