Expired : 18.06.18

Kementerian Pengangkutan Dikatakan Memberi Tiga Bulan Tambahan Untuk Pemandu Seru Pandu Mendapatkan Lesen PSV

Sebelum ini, Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan dimana pihaknya tidak akan memberi kelonggaran untuk membolehkan lebih ramai lagi para pemandu perkhidmatan seru pandu mendapatkan lesen PSV.


Melalui satu kicauan oleh akaun Twitter Wan Zairul Azri, seorang pemberita dari syarikat media terkemuka Media Prima, Anthony Loke nampaknya telah bersetuju untuk memberi kelonggaran selama tiga bulan tambahan sehingga bulan Oktober untuk membolehkan pemandu-pemandu tersebut terus mengambil penumpang, sambil mendapatkan lesen PSV tersebut.



Pemandu e-hailing yg masih belum mematuhi syarat peraturan perkhidmatan e-hailing dibenarkan untuk meneruskan operasi mereka selama tiga bulan mulai hari ini.


Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet hari ini – @anthonyloke @NewsMPB


— Wan Zairul Azri (Wan Z) @ Putrajaya (@wan_zNewsMPB) July 12, 2019



Kicauan tersebut turut mengatakan bahawa keputusan tersebut telah dibuat selepas mesyuarat kabinet, dan kemungkinan besar akan berkuat-kuasa serta-merta.


Ini juga mungkin akan memaksa pihak JPJ untuk menunda penguatkuasaan dimana pemandu-pemandu seru-pandu tanpa lesen PSV dan pelekat seru-pandu akan disaman sebanyak RM2000 atau dipenjara selama enam bulan.



#NSTflash: Full enforcement against e-hailing drivers without public service vehicle (PSV) license will only take effect three months after today (July 12): Transport Ministry @anthonyloke


— New Straits Times (@NST_Online) July 12, 2019




Kerajaan bersetuju beri tempoh tiga bulan kepada pemandu e-hailing yang masih belum mematuhi syarat untuk meneruskan operasi. – Menteri Pengangkutan Anthony Loke pic.twitter.com/Y3k0n5JFeb


— Bernama News Channel (BNC) 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop