Expired : 18.06.18

Kena Fikir Siapa Lebih Memerlukan – Netizen Kecam Tomok Harap Kerajaan Bantu Anak Seni

Pelaksanaan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini turut menjejaskan pendapatan anak seni. Ramai yang “mengeluh” mereka ‘struggle’ untuk menampung kos hidup bulanan.


tomok


Mewakili anak seni, Tomok menerusi akaun Instagramnya mengakui “periuk nasi” mereka terjejas kerana semua aktiviti serta persembahan mereka terpaksa ditangguh dan dibatalkan buat masa ini.


Harap kerajaan beri bantuan pada anak seni juga


tomok netizen kecam tomok bantuan kerajaan


Berdepan situasi agak perit untuk menampung kehidupan, Tomok berharap agar pihak kerajaan memberikan bantuan yang sepatutnya terhadap golongan selebriti yang kurang bernasib baik serta berdepan kesempitan hidup.


“Artis dah banyak duit kot. Bantu yang lebih memerlukan ketika ini”


netizen kecam tomok bantuan kerajaan netizen kecam tomok bantuan kerajaan netizen kecam tomok bantuan kerajaan


Perkongsian Tomok itu bagaimanapun mendapat kritikan. Pada pendapat netizen, kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19. Kata mereka, artis sudah ada banyak duit dan sering mempamerkan kehidupan mewah.


“Minta bantuan dan mengadu pada persatuan seni”


netizen kecam tomok bantuan kerajaan


netizen kecam tomok bantuan kerajaan


Ada juga netizen yang mencadangkan agar Tomok memohon bantuan daripada persatuan anak-anak seni. Sekurang-kurangnya boleh lancarkan tabung derma untuk membantu penggiat seni yang kurang berkemampuan.


Tidak dinafikan, ada cadangan netizen yang boleh dipertimbangkan. Ketika ini, kita harus membantu mereka yang lebih memerlukan dahulu, kerana banyak lagi terpaksa menahan lapar kerana tidak mampu untuk menampung kehidupan. Apa pula pendapat anda?