v “Kena Kurus Dan Putih Dulu,” Cik B Kena ‘Umpan’ Kereta Mercedes Harga RM3.2 Juta Oleh Datuk Seri Vida
Expired : 18.06.18

“Kena Kurus Dan Putih Dulu,” Cik B Kena ‘Umpan’ Kereta Mercedes Harga RM3.2 Juta Oleh Datuk Seri Vida

Cik B anak kepada Datuk Seri Vida (DSV) kembali lagi dengan gelagat melucukan bersama ibunya. Kali ini, DSV pula telah menawarkan sebuah kereta berjenama Mercedes berharga hampir RM3.2 juta. Namun, ada syarat nampaknya yang perlu dipenuhi oleh Cik B.

Menerusi tangkap layar perbualan antara dia dan ibunya, Cik B dikehendaki untuk menjadi kurus dan lebih putih jikalau ingin memiliki kereta mewah dipercayai model Mercedes Brabus G79 6×6 itu.

Camna nak kuruskan badan? pic.twitter.com/muniMUKgcK

— cikb havoc (@HavocCikb) July 9, 2020

“Mama beli untuk Cik B nak?Asalkan Cik B kurus dan putih ye,” – Datuk Seri Vida

Yang mencuit hati sebenarnya apabila Cik B hanya melayan permintaan ibunya itu dengan membalas ‘sticker’ Whatsapp wajah DSV sendiri.

Menariknya, ramai pengikut anak gadis pengasas kosmetik terkenal itu turut memberikan beberapa tips dan petuan untuk Cik B menurunkan badan dan mencerahkan kulit dalam usaha untuk mendapakatkan kereta mewah itu.

Entri tersebut ternyata mencuit hati netizen dengan keletah anak beranak ini. Semoga berjaya buat Cik B!