Expired : 18.06.18

Kena penjara 10 tahun

SEORANG penyamun dipenjara 10 tahun selepas cuba merompak jam mewah dua pemain Arsenal Mesut Ozil dan Sead Kolasinac bernilai £200,000 (RM1.05 juta).


Mahkamah Harrow Crown diberitahu Ashley Smith dan rakannya tidak mempedulikan keberanian pertahanan Bosnia Kolasinac yang melawan ketika serangan di London Julai lalu.


Ozil kemudian membawa mereka dari kawasan itu namun penyamun itu mengejar mereka dengan sebuah motosikal curi dan membaling batu, mahkamah itu diberitahu.


Smith, 30, disifatkan oleh hakim Ian Bourne QC sebagai ‘penjenayah prolifik’ yang dikenali pihak polis.


Lelaki kedua, Jordan Northover, yang juga mengaku bersalah kerana cubaan merompak beberapa kaki dari rumah Kolasinac akan dijatuhkan hukuman kemudian.


Smith dan Northover ‘bersenjata dan berbahaya’ dengan menggunakan jarum kait dan pemutar skru sebagai senjata, menurut hakim.


“Kedua-dua meereka menggunakan senjata ini dan cuba mengancam Kolasinac, senjata tajam yang diacu ke arah mangsa dan terkena mangsa.


“Kedua-dua mereka tidak mempedulikan Kolasinac yang melawan dan dia bertindak berani.”


Mahkamah juga menyatakan Smith mempunyai ‘rekod jenayah yang dahsyat’ dengan 20 pertuduhan daripada 38 kesalahan bermula sejak dia berusia 14 tahun.


Norlida Ishak Shop