Expired : 18.06.18

Kenali Budak berusia 6 tahun ini jana pendapatan RM45 juta setahun dari YouTube Dengan Hanya Review Mainan

Ibu bapa dan khususnya kanak-kanak berusia tujuh tahun ke bawah pastinya mengenali kanak-kanak lelaki ini yang seringkali membuat review pelbagai jenis barang mainan di channel YouTube, Ryan ToysReview. Siapa sangka, kanak-kanak itu sebenarnya telah meraih pendapatan US$11 juta (RM44,918,126) setahun.


Menurut laporan Forbes yang melaporkan pendapatan selebriti YouTube yang menjana hasil pendapatan yang tinggi melaporkan, channel YouTube Ryan ToysReview yang dikendalikan oleh keluarga Ryan telah menjana lebih kurang US$11 juta bagi tahun 2017.


The Verge yang pernah membuat liputan mengenai channel Ryan ToysReview dan ibu bapa kanak-kanak itu pula mendedahkan, hampir setiap hari mereka memuat naik video-video review baharu semenjak channel itu diwujudkan pada Mac 2015.


Difahamkan, channel itu mula diwujudkan ketika Ryan berusia empat tahun, yang meminta video-video review barang mainan, bertanya kepada ibu bapanya mengapa tidak dia juga melakukan perkara yang sama untuk channel YouTube miliknya sendiri.


Pada awalnya, channel Ryan ToysReview bermula dengan perlahan sehingga Julai 2015, video-video Ryan mula mendapat perhatian dan viral di media sosial. Video yang memaparkan Ryan membuka dan membuat review ‘Giant Egg Surprise’ yang mengandungi lebih 100 mainan dari siri kereta Pixar itu kini telah ditonton hampir 800 juta kali di YouTube.


Channel Ryan kini dilihat lebih cenderung membuat review mainan baru dan produk-produk makanan kanak-kanak yang menampilkan komentar bersemangat dari Ryan.Channel Ryan ToysReview itu kini mempunyai lebih 10 juta subsribers yang dianggarkan memberi pulangan pendapatan sebanyak US$1 juta setiap bulan, hasil pengiklanan di YouTube.

Sumber: Business InsiderSenarai 10 selebriti terkaya YouTube 2018 menurut Forbes telah diumumkan semalam. Sekali lagi gelaran YouTuber terkaya berpindah tangan dan tahun ini ia ialah Ryan ToysReview yang menjana pendapatan mencecah $22 juta (~RM 91.5 juta). Kejayaan Ryan ini amat menakjubkan kerana beliau hanya seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dan mula menghasilkan video YouTube tiga tahun yang lalu. Tahun lalu beliau di tangga ke lapan dengan pendapatan hanya $11 juta.


Beliau diikuti oleh Jake Paul ($21.5 juta), Dude Perfect ($20 juta), DanTDM ($18.5 juta) dan Jeffree Star ($18 juta). Kesemua selebriti terkaya di YouTube ini mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding senarai tahun 2017. Kerana peluang pendapatan yang tinggi, kami tidak akan terkejut jika tahun hadapan akan ada pergerakan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadi wang menerusi YouTube.


 Senarai 10 Selebriti YouTuber Terkaya 2018


1.Ryan ToysReview $22 Juta (~RM 91.5 Juta)


2.Jake Paul $21.5 Juta (~RM 89,5 Juta)


3.Dude Perfect $20 Juta (~RM 83 Juta)


4.DanTDM $18.5 Juta (~RM 77 Juta)


5.Jeffree Star $18 Juta (~RM 74.9 Juta)


6.Markiplier $17.5 Juta (~RM 72.8 Juta)


7.Vanoss Gaming $17 Juta (~RM 70.7 Juta)


8 Jacksepticeye $16 Juta (~RM 66.6 Juta)


9.PewDiePie $15.5 Juta (~RM 64.5 Juta)


10.Logan Paul $14.5 Juta (~RM 60.3 Juta)



Norlida Ishak Shop