Expired : 18.06.18

Kenapa abang Acap minta pencarian adiknya dihentikan?

Kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau Acap sewaktu menyertai acara larian Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu terus menjadi misteri walaupun operasi mencari sudah memasuki hari ke-23.


Pelbagai teori menjadi bahan cerita masyarakat termasuklah dakwaan pemuda itu telah disembunyikan bunian, malah ada yang mengatakan Acap sebenarnya tidak hilang kerana berada di Johor.


Di sebalik segala kebuntuan, semalam tular gambar kertas laporan polis yang dibuat oleh abang kepada Ashraf iaitu Mohd Azlan supaya meminta orang ramai menghentikan pencarian adiknya.


Berhenti cari adik saya





HENTIKAN PENCARIAN ACAPLaporan polis tarikh 14/4/2019 ini mengatakan hentikan pencarian buat acap dikawasan beliau hilang. Laporan di buat oleh abangnya sendiri. #luffy


Posted by NOSPAN on Ahad, 14 April 2019



Gambar salinan laporan polis yang dibuat semalam, telah menunjukkan butiran laporan meminta orang awam atau mana-mana badan sukarelawan tidak datang ke kampung tempat Acap didapati hilang.


“Saya Mohammad Azlan bin Hasan mewakili pihak keluarga datang ke Balai Polis Gopeng untuk membuat laporan polis meminta orang awam dan pihak yang ingin menjalankan misi sukarelawan mencari Acap supaya menghentikan segera pencarian.”



“Setelah berbincang dengan Ketua Kampung Pintu Padang saya membuat satu laporan polis supaya semua pihak menghentikan spekulasi tidak benar tentang kehilangan adik saya, Mohammad Ashraf Hassan.”



Penularan laporan polis itu menimbulkan persoalan adakah Acap sudah dijumpai atau ia dibuat atas nasihat penduduk kampung sebelum ini.


Sebelum itu, tular satu rakaman audio dipercayai penduduk kampung yang mahu operasi berkenaan dihentikan kerana terlalu banyak kegiatan yang tidak masuk akal dilakukan oleh segelintir pasukan mencari.





Acap Hilang: Apa komen orang Gopeng?


Udah banyok teori keme dengo pasei kehilangan misteri Acap.Nih dengo pulak ape kata oghang Gopen.


Posted by PerakWorld on Rabu, 10 April 2019



 


Bagaimanapun, sehingga kini, tiada penjelasan lanjut dilakukan pihak keluarga Acap manakala polis baru-baru ini melakukan pencarian pada skala lebih besar.


 


The post Kenapa abang Acap minta pencarian adiknya dihentikan? appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop