v Kenapa Honda Winner X Tidak Dibawa Masuk Ke Malaysia, Ini Jawapannya
Expired : 18.06.18

Kenapa Honda Winner X Tidak Dibawa Masuk Ke Malaysia, Ini Jawapannya

Erywan
  • By Erywan
  • 13 Januari 2020. 11:11 AM
Kenapa Honda Winner X Tidak Dibawa Masuk Ke Malaysia, Ini Jawapannya

“Sebelum bawa masuk, kami sudah buat survei dengan pelanggan tentang dua model itu, tapi majoriti pilih model RS150R dan bukan Winner X,” Pengerusi Lembaga Pengarah Boon Siew Honda (BSH), Datuk Wira Tan Hui Jing.

Itu jawapan yang diberikan apabila ketika ditanya kenapa tidak membawa masuk Honda Winner X ke pasaran Malaysia selepas acara pelancaran tiga model berkuasa tinggi di Kuala Lumpur, semalam.

Mungkin agak pelik kedengaran, tetapi keputusannya tidak membawa masuk Winner X ke pasaran Malaysia berdasarkan survei yang dilakukan oleh pihak BSH. 

Cuma persoalannya, siapa yang mereka survei? Adakah ia benar-benar bertanya kepada majoriti rakyat Malaysia?

Ini berdasarkan ramai yang komen kecewa apabila BSH tidak melancarkan Honda RS150R V2 baru-baru ini.

Ketika ditanya harga Winner X sekiranya dibawa masuk ke negara ini, Hui Jing menyatakan tiada perbezaan harga dan ia sama saja seperti RS150R sekarang.

Jadi, apa yang kami boleh katakan. Tolong buat survei sekali lagi sama ada Winner X perlu di bawa masuk ke Malaysia atau tidak.

Baca artikel berkaitan:

>> Honda RS150R V2 Tawar Empat Warna, Harga Bermula RM8,199