v “Kenapa Kek Nampak Seram…” Ruhainies Terhibur Baca Komen Netizen Kek Ulang Tahun Tak Menjadi
Expired : 18.06.18

“Kenapa Kek Nampak Seram…” Ruhainies Terhibur Baca Komen Netizen Kek Ulang Tahun Tak Menjadi

Semalam kecoh seketika di media sosial apabila sebuah video memaparkan Ruhainies sedang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28 di suatu lokasi yang tidak diketahui. Namun, yang menjadi bualan hangat netizen itu adalah apabila kek yang disediakan sempena ulang tahun itu agak pelik dan boleh dikatakan agak melucukan.

Mungkin sambutan yang dibuat khas untuknya itu akan diingati sampai bila-bila dek kerana sebiji kek tersebut. Mana tidaknya, ramai netizen menyifatkan kek tersebut agak menyeramkan kerana jauh sekali seperti muka selebriti itu.

Ruhainie yang ditemui berkata, dia sangat menghargai sambutan berkenaan dan sama sekali tidak melihat akan dekorasi serta hiasan kek itu sebagai suatu perkara yang memalukan.

Dia yang pada ketika itu berada di Pulau Pinang untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya dan tidak tahu menahu mengenai kejutan sambutan hari jadinya yang jatuh  pada hari Isnin ini.

View this post on Instagram

“Learn to see the good in everything.” . Small advance birthday celebration last night. I heard my birthday cake went viral today. First of all, i nak ucap thanks to the talented baker @syauki_khozaid ? i love your cake. Sedap sangat! Even last minute dia still nak buat surprise for me by making me that cake. I seriously taktahu yang i akan receives cakes, surprises or anything. I decided to come to Penang at very last minute since i baru manage to arrange my schedule to attend my cousin’s wedding which is on today’s date. ?Well, Im proud and amaze with your talent. Bukan senang nak buat cake sedap mcm tu and the most important is your efforts untuk buat cake for me even you baru dapat info that i am coming to Penang last night. Whatever people wanna say about the cake, i don’t mind. As long as I enjoyed the night and im so happy with the surprises! Thank you so much to @faezmaleks for the arrangement and thank you @thepines.co for the lovely decorations ? not to forget, thank you to @ariffr35 and @cekap_privateprotector for taking care of me along the journey from KL – PNG & PNG – KL ? . ?: @mastermus86

A post shared by @ ruhainies7 on

“Apabila saya berkongsi video di instagram, ramai pula komen mengenai rupa kek tersebut yang dikatakan macam hantu dan sebagainya.. bagi saya, soal rupa itu tak jadi masalah kerana kek itu disiapkan dalam masa singkat. Kata pembuat kek, sepatutnya dekorasi menyerupai Barbie tapi kali ini mungkin kesuntukan masa, hasilnya lain sikit. Tak kisahlah yang penting nampak kesungguhan dan rasanya sedap sangat!”

Dia yang berkongsi video sambutan tersebut di laman Instagram storiesnya itu turut mengulas lanjut mengenai reaksi daripada netizen yang melihat rakaman tersebut. Menurutnya, dia hanya tertawa melihat komen-komen mereka di luar sana.

“Rasa lawak baca komen mereka, saya dengan adik ketawa sahaja. Biasalah setiap orang ada pendapat masing-masing,”

Tambahnya lagi, kek tersebut jika dilihat dalam video memang kelihatan agak pelik namun bila berhadapan sebenarnya rupa kek itu tidaklah teruk sangat seperti yang digambarkan.

Ruhainies turut sempat mengucapkan terima kasih kepada pembuat kek berkenaan yang dikenali sebagai Shauki dan juga kepada mereka yang menganjurkan sambutan hari jadi berkenaan.