Expired : 18.06.18

Kenapa saman kami, kata Salleh


BANGI, 29 Ramadan 1440H, Isnin – Pusat Fidlot Nasional (NFC) mempersoalkan tindakan kerajaan menyaman mereka, sambil berkata, tahun lalu mereka telah bersetuju untuk membayar balik pinjaman penuh berjumlah RM250 juta, yang diterima lebih 10 tahun lalu.


Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail berkata, mereka telah memulakan proses membangunkan dan menyusun semula NFC.


Katanya, beberapa perbincangan telah diadakan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan diterima secara positif.


Beliau berkata, surat menyatakan akan membayar keseluruhan pinjaman itu sudah dihantar kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 17 Mei lalu, tetapi NFC tidak menerima apa-apa maklum balas.


“Saya mengambil kesempatan ini menyatakan bahawa saya berusaha memberi yang terbaik menurut undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Mohamad Salleh berkata, beliau bersedia memberi kerjasama penuh kepada kerajaan bagi memastikan semua isu itu diselesaikan.


Terdahulu, Bernama melaporkan, Kerajaan Malaysia memfailkan saman menuntut wang RM253.6 juta yang dipinjamkan kepada NFC yang diuruskan oleh suami dan tiga anak kepada bekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.


Kerajaan selaku plaintif, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, pada Jumaat lalu.


Mahkamah menetapkan 17 Jun ini, bagi pengurusan kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar Rumaizah Baharom.


Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan selaku plaintif tunggal, menamakan Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebagai defendan pertama, manakala Mohamad Salleh dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, sebagai defendan kedua hingga kelima.


Kerajaan fail saman tuntut RM253.6 juta daripada NFC


The post Kenapa saman kami, kata Salleh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop