Expired : 18.06.18

Kenapalah Konti Kita Bukan Dekat Johor, Kalau Tak Mesti Dah Cuti – Penyampai Radio Hot FM Persenda Isu Pencemaran Kimia

Penyampai radio Hot FM menerusi segmen Geng Pagi Hot yang dikendalikan oleh Shuk, Fizie dan Shuib Sepahtu semalam menerima kritikan ramai apabila didakwa mengeluarkan kenyataan tidak sensitif mengenai isu pencemaran kimia di Pasir Gudang, Johor Bahru.



Ketika menemubual Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim yang semakin kritikal sehingga mengakibatkan 111 buah sekolah diarah tutup serta-merta, salah seorang penyampai telah berjenaka tentang perkara itu.


Antara kata-katanya berbunyi Kenapalah konti kita bukan dekat Johor. Kalau tak mesti dah cuti.”



Tentu sekali  ia membangkitkan kemarahan netizen, kenapa musibah yang berlaku dijadikan bahan lawak pula. Seolah-olah mempersendakan kejadian yang mengancam nyawa itu.


Susulan itu, stesen radio Hot FM menerusi akaun Twitternya membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kata-kata penyampainya itu.  Pihak Hot FM mengambil serius dan menghargai setiap teguran daripada pendengar yang prihatin berkenaan isu tersebut.


Hot FM juga mendoakan agar semua yang terkesan akibat musibah berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi dugaan itu.


Norlida Ishak Shop