Expired : 18.06.18

“Kenyataan Itu Pada Aku Terlalu Kej4m Buat Mereka Yang Benar-Benar Punya Bakat” – Azhan Rani

Aktor berbakat Azhan Rani mengakui kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh seorang penerbit yang mementingkan rupa daripada bakat.


Menerusi entri di Instagram (IG), Azhan menjelaskan kenyataan itu adalah kej4m bagi mereka yang benar berbakat.


“Memenuhi kehendak tv station atau memancing rating dengan wajah-wajah elok adalah sasaran untuk mereka yang rata-ratanya producer juga pengarah. Kalau ramai tengok dapatlah job lagi, faham juga tu.


“Cuma kenyataan itu pada aku terlalu kejam buat mereka yang benar-benar punya bakat. Kemana pula yang tak punya rupa tu nak humbankan bakat dia tu.


“Apakah benar audien perlukan rupa semata dan sanggup hadam lakonan semborono wajah-wajah berupa tu. Hakikatnya masih ada yang dahagakan kualiti. Ada bakat dan rupa sekali pula adalah bonus.


“Sebutkan saja mana wajah pelakon rebutan ramai kini kalau dilihat balik wajah mula-mula mereka melangkah ke industri ni macam mana. Pecah rumah pun ada tapi masa tu diaorang belum mampu dah mampu tengok la pula penampilan mereka rupa paras pada aku boleh dibentuk,” tulisnya.



Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Azhan dan berharap agar pihak terbabit tampil memohon maaf.


Sebelum ini timbul sebuah isu dimana seorang penerbit mengingatkan orang ramai yang tidak mempunyai rupa supaya tidak hadir ke sebuah ujibakat lakonan.


Sumber : Gempak


Norlida Ishak Shop