Expired : 18.06.18

Kenyataan menghasut DAP seperti ‘politik longkang’


BANGI, 3 Rejab 1440H, Ahad – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya hairan apabila ada ‘politikus’ oportunis Melayu yang terus mempertahankan kenyataan berbaur hasutan pemimpin parti tamak haloba, DAP.


Mempersoalkan keadaan itu, beliau berkata, apakah ahli politik Melayu di dalam Pakatan Harapan (PH) sanggup melihat ketegangan antara kaum menjadi semakin parah.


Beliau berkata, kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang tidak senang dengan kerjasama antara UMNO dan PAS, membuktikan betapa hipokrit serta cauvinisnya DAP.


“Apakah mereka ini sudah buta mata dan hati? Politik apa yang mereka amalkan sehingga yang salah dikata benar dan yang benar dikata salah?


“Guan Eng mungkin tidak sedar atau berpura-pura tidak sedar bahawa kenyatan beliau ibarat mencurah minyak ke dalam bara api yang akan menyala dan menyambar ganas dikelilingnya,” katanya dalam satu kenyataan.


Aminuddin menyifatkan kenyataan berbaur hasutan kedua-dua pemimpin DAP terbabit sebagai ‘politik longkang’ daripada seorang yang ketandusan idea sehingga sanggup menghasut kebencian dalam kalangan rakyat, terutama masyarakat Cina.



“Sudah pasti masyarakat Cina akan timbul rasa takut dan benci kepada orang Melayu dan inilah yang disukai DAP. Mereka mendakwa PAS dan UMNO mengamalkan politik rasis, tetapi sebaliknya merekalah yang menjuarainya.


“Apakah bentuk kepimpinan sebegini yang rakyat mahukan? Sekiranya kenyataan begini dikeluarkan dari seorang rakyat biasa maka implikasinya tidaklah besar, namun apabila ia keluar dari pemimpin kanan negara dan seorang speaker dewan sudah pasti kesannya sangat tragis dalam konteks hubungan kaum.


“Malah jika tidak dibendung ianya boleh mengakibatkan peristiwa hitam 1969 berulang kembali,” katanya.


Sebelum ini, Guan Eng mencetuskan kemarahan ramai pihak apabila menuduh kerjasama antara UMNO dan PAS sebagai ‘pengisytiharan perang’ terhadap masyarakat bukan Melayu.


Belum reda isu berkenaan, Kor Ming pula tampil menyifatkan kerjasama dua parti berkenaan seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya PAS-UMNO membentuk kerajaan.


Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, ratusan laporan polis sudah dibuat terhadap kenyataan Guan Eng, dan rakyat hanya menunggu tindakan daripada pihak Peguam Negara.


“Apakah Guan Eng patut didakwa atas Akta Hasutan? Akan adakah elemen ‘selective prosecution’ oleh pihak AG? Kalau mengikut track record. semenjak pemerintahan PH, kesemua kes-kes mahkamah pimpinan PH telah ditutup.


“Hidup kerajaan PH kini tinggal nyawa-nyawa ikan. Jika tidak ada tindakan daripada pihak AG atau pun kerajaan, saya yakin rakyat tidak akan lagi percaya keikhlasan pemerintah yang ada,” katanya.


The post Kenyataan menghasut DAP seperti ‘politik longkang’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop