Expired : 18.06.18

Kepa buru gawang utama

PENJAGA gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga percaya dia akan kembali dipanggil mengalas tugas di gawang utama bagi pertembungan sengit menentang Manchester United minggu depan.


Warga Sepanyol yang dibeli sekitar £71 juta (RM380.94 juta) dibayangi penampilan penjaga gol kedua, Willy Caballero ketika kunjungan ke Leicester baru-baru ini.


Malah bos Blues sudah memberi amaran pemain itu perlu meningkatkan prestasinya.


Namun Kepa percaya dia boleh mengambil semula tempatnya selepas berbincang ketika rehat musim sejuk lalu, menurut The Sun.


Penjaga gol berusia 25 tahun itu menjadi tonggak penting dalam membantu Chelsea berada dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris.


Bos Blues, Lampard sudah memberi bayangan untuk menggantikan penjaga gol termahal dunia itu selepas pasukannya seri 2-2 di Leicester.


Pemain yang jarang diturunkan Caballero dipersalahkan bagi gol kedua Leicester di mana memberi peluang untuk Kepa kembali ke tempatnya.


Lampard sudahpun mempertimbangkan mengenai penjaga gol utama yang baharu pada musim panas ini, jika Kepa gagal meyakinkannya untuk menjadi pilihan utama pasukan bagi jangka masa panjang.


Pembelian Kepa dianggap antara terbaik pengurusan Chelsea memandangkan pemain itu mempunyai prospek masa depan yang cerah.