Expired : 18.06.18

Keputusan lanjut pengajian ke Jordan diumum esok


BANGI, 12 Zulhijjah 1440H, Selasa – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti di Jordan bagi sesi 2019/2020 yang diselaraskan oleh Bahagian Education Malaysia, akan diumumkan esok.


Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dalam satu kenyataan berkata, semakan itu boleh dibuat dalam talian di http://dohe.moe.gov.my/timurtengah bermula esok selepas jam 12 tengah hari.


“Memandangkan pendaftaran semester baru bagi universiti di Jordan bermula antara 14 September 2019, Bahagian Education Malaysia Jordan (EMJ) menetapkan tarikh ketibaan pelajar baru ke Jordan adalah bermula pada 29 Ogos 2019 hingga 5 September 2019,” katanya.


Jabatan itu berkata, Bahagian Education Malaysia Jordan memohon kerjasama calon-calon supaya melengkapkan segera Maklumat Penerbangan Dan Ketibaan Pelajar Malaysia ke Jordan 2019/2020 sebaik sahaja memiliki tiket penerbangan melalui laman Facebook, EMJ (EMJordan Mohe)


“Maklumat ini diperlukan bagi tujuan menyelaras urusan pengangkutan, penempatan dan pendaftaran pelajar di universiti. Sebarang kelewatan mengisi maklumat berkenaan akan menyebabkan urusan tersebut tergendala dan akan menjejaskan proses kemasukan ke universiti,” katanya.


Sementara itu, JPT berkata, bagi urusan permohonan visa ke Jordan, ia adalah percuma dan boleh diperolehi di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia Amman Jordan.


The post Keputusan lanjut pengajian ke Jordan diumum esok appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop