Expired : 18.06.18

Kerajaan boleh tumbang angkara rasuah

Masalah dalam negara ini berpunca daripada tindakan pemimpin yang memilih orang-orang di sekitar mereka demi mengekalkan kuasa dan wang, kata perwakilan Kuala Lumpur, Che Zam Hamzah.


Jelasnya, inilah yang menyebabkan Umno-BN tumbang daripada tampuk pemerintahan negara selepas 60 tahun, dan tidak mustahil kerajaan kini juga boleh tumbang atas sebab yang sama.


“Kenapa kita sayangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Sebab dia ditahan kerana melawan rasuah.


“Deklarasi Permatang Pauh dengan jelas menyatakan rasuah adalah musuh kita, tapi sekarang ada bibit-bibit itu,” tegurnya.


Katanya, rasuah mesti ditolak secara total, dan jika ada pemimpin yang didapati terlibat dengannya, mereka juga perlu ditolak.


“Apa guna sahabat-sahabat kita yang mati dalam kemiskinan kerana perjuangkan agenda ini?” soalnya, membangkitkan perjuangan ahli-ahli lama parti yang berjuang melawan rasuah sehingga akhir hayat mereka.


Che Zam Hamzah berucap demikian semasa membahaskan ucapan dasar presiden dalam Kongres Nasional KEADILAN di MITC, Ayer Keroh, Melaka hari ini.


Norlida Ishak Shop