Expired : 18.06.18

Kerajaan kaji kaedah bayar royalti minyak Kelantan

KOTA BHARU, 2 Rabiulawal 1440H, Sabtu – Kerajaan sedang berusaha untuk menentukan cara agihan wang royalti petroleum kepada Kelantan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau berkata, cadangan Pusat untuk memberi 20 peratus royalti minyak daripada hasil keuntungan sebelum ini, tidak dipersetujui kerajaan negeri itu.


“Kita sedang berusaha bagaimana nak bagi royalti kepada Kelantan, caranya kita akan tentukan,” katanya seperti dilapor portal tempatan.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Beramah Mesra Harapan Kelantan bersama Perdana Menteri di Kota Bharu, hari ini.


Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan mencadangkan pengagihan 20 peratus daripada keuntungan untuk diberikan kepada Kelantan.


“Royalti 20 peratus daripada keuntungan, bukan keseluruhan, mereka kurang setuju, mereka nak jadikan sebahagian daripada kos keseluruhan.


“Bila keseluruhan bermakna 40 peratus kita bagi sebagai royalti dan Petronas akan bankrap,” kata Dr Mahathir.


The post Kerajaan kaji kaedah bayar royalti minyak Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop