Expired : 18.06.18

Kerajaan Mempertimbang Mengambil Tindakan Terhadap Pengendali Laman Web Yang Tidak Mengawal Komen Pengguna

Jika anda melayari laman web untuk sekian lama, golongan troll boleh dikatakan suatu “lumrah kehidupan” di alam digital. Mereka ini biasanya akan menulis komen-komen negatif dan tidak membantu langsung dalam mana-mana perbincangan atas talian.


Kerajaan Malaysia baru-baru ini nampaknya sedang bertindak tegas terhadap mereka yang sentiasa bermain-main dengan komen-komen berbaur sentimen seperti agama, kaum dan juga institusi diraja.



@kkmm_gov sedang mempertimbangkan keperluan untuk mengambil tindakan ke atas pengendali portal berita yang membiarkan pembacanya meninggalkan komen yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja – Menteri @GobindSinghDeo pic.twitter.com/T9oCDDjDYY


— Bernama News Channel (BNC) (@BernamaNewsCH) March 11, 2019



Melalui laporan dari Bernama, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata bahawa para pengendali laman web perlu bertanggungjawab mengenai komen-komen yang diutarakan pada laman web mereka, dan memastikan bahawa semua komen yang berbaur perkauman dan sebagainya haruslah dipadam secepat mungkin.


Dalam laporan tersebut, Gobind Singh Deo turut menyatakan bahawa beliau dan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia sudah hadir dengan beberapa cadangan pindaan kepada undang-undang sedia ada, dan akan membentangkannya pada sidang Parlimen akan datang.


Buat masa ini, beliau masih belum memberi apa-apa penerangan mengenai pindaan tersebut, jadi kita nampaknya perlu menunggu dan melihat dengan sendiri apakah undang-undang baru yang akan dibentangkan tidak lama lagi.


Norlida Ishak Shop