Expired : 18.06.18

Kerajaan Pusat tiada hak terlibat urusan tanah kuil

KUALA LUMPUR, 21 Rabiulawal 1440H, Khamis – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan Pusat tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam urusan tanah Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.


Beliau berkata, hal ehwal tanah kuil itu berada di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.


Katanya, peranan kerajaan Pusat dalam insiden di kuil itu hanya terhad kepada tindakan menangani rusuhan dan keganasan yang berlaku khususnya melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM).


“Isu tanah merupakan hal negeri. Pusat tiada hak, oleh itu kita akan memastikan insiden yang berlaku tidak berulang lagi,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.


Beliau sebelum itu memberikan kenyataan semasa sidang Dewan Rakyat bagi menegaskan pendirian kerajaan berhubung rusuhan kuil tersebut yang menggemparkan rakyat.



Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau akan menilai situasi sama ada pihaknya sedia menjadi orang tengah antara kerajaan negeri dan syarikat pemaju bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.


The post Kerajaan Pusat tiada hak terlibat urusan tanah kuil appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop