Expired : 18.06.18

Kerana Permaisuri Agong saya merasa naik kereta, kata ibu Syed Saddiq (VIDEO)

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memasak cucur durian, 30 Ogos 2019. Terbaru, baginda menutup akaun Twitter semalam. — Foto Bernama
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memasak cucur durian, 30 Ogos 2019. Terbaru, baginda menutup akaun Twitter semalam. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Ibu menteri belia dan sukan mendedahkan Permaisuri Agong  seorang individu yang sangat rendah diri sejak zaman persekolahan lagi.

Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, 58, berkata perkara itu terbukti apabila rakan sekelasnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) sudi menghantarnya pulang ke rumah menaiki kereta.


“Masa itu saya tak pernah naik kereta, saya hanya naik beca dan bas, tuankulah orang yang  pertama ajak saya naik kereta, minta pemandu tuanku hantar saya sampai ke atas rumah, dekat sekolah Larkin,” kata ibu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Twitter.



Mama berkongsikan pengalaman satu kelas di SIGS bersama dengan Raja Permaisuri Agong.

Raja Permaisuri bukan sahaja humble sekarang, tetapi dari dahulu lagi. My mum’s first time experience being in a car was when Raja Permaisuri helped her out.

Kindness is not a public stunt✌️ pic.twitter.com/rJu7MVdpPE


— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 12, 2019

Semalam, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitternya mengakibatkan perdebatan dalam kalangan warga maya, ada yang menyokong dan ada juga sebaliknya.


Kalangan yang mahu baginda mengaktifkan semula akaun media sosial itu melancarkan kempen hingga anak baginda Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah al-Sultan Abdullah terharu.


“Terima kasih semua untuk kata-kata yang baik ini #AmpunTuanku,” tulisnya di Twitter malam tadi.



Thank you everyone for the kind words on #AmpunTuanku


— T P J (@jihanabdullah27) September 12, 2019

Sementara itu, menteri komunikasi dan multimedia Gobind Singh Deo berkata kenyataan rasmi berkaitan penutupan akaun berkenaan akan dibuat petang ini.


Semalam, seorang lelaki Firdaus Asraf memohon maaf kerana beliau mengaku memuat naik komen berunsur penghinaan kepada permaisuri.


Satu laporan polis juga ada dibuat berikutan kes berkaitan akaun Twitter baginda.


Norlida Ishak Shop