Expired : 18.06.18

Keranda Diusung, ICERD Terus Dibantah

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) terus dibantah dengan satu perhimpunan yang diadakan hari ini.


Hampir 500 peserta yang melibatkan pelbagai usia dan latar belakang hadir di hadapan bangunan Parlimen dengan pelbagai sepanduk yang menolak ratifikasi konvensyen itu diangkat dan dilaungkan dalam himpunan terbabit.


Bukan itu saja, satu memorandum berkaitan bantahan terhadap ICERD turut diserahkan kepada wakil kerajaan. Ia adalah manifestasi penolakan terhadap komitmen kerajaan yang mahu meratifikasi konvensyen antarabangsa itu dalam negara.



Kemuncak bantahan tersebut dilaksana dengan pengusungan sebuah keranda dalam perhimpunan tersebut yang dipercayai sebagai simbolik penghapusan hak bumiputera seperti terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sekiranya ICERD diratifikasi.


Dilaporkan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy pada 24 Oktober lalu berkata kerajaan komited untuk meratifikasi enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama 2019 selaras dengan manifesto PH.


ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969, di mana negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa dan kaum. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop