Expired : 18.06.18

‘Kereta Kena Langgar!’- Ini Langkah Keselamatan Uruskan Kereta Kemalangan Tanpa Tanggung Rugi




“Allah.. eksiden pula… nak kena buat apa ni?”


Kata orang, malang tak berbau. Apa patut anda buat jika kereta terbabit dengan kemalangan atau ada kereta yang langgar kereta anda?  Yang penting, bila kemalangan, pastikan diri anda tenang dan bijak ketika menguruskan caranya. Jadi, ini cara uruskan kereta yang terlibat dalam kemalangan tanpa kerugian yang kaum wanita wajib tahu.






URUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA KERUGIAN



BAWA KERETA ANDA KE BALAI POLIS DAHULU. Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.










Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil tow truck (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen. Jangan tandatangan.! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda. Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan tow truck akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!






HANTAR KE BALAI UNTUK REPORT



Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,”Saya nak towing saje..” *Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana. Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.


Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden. Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel. Caranya, esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.


Contohlah kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu. Sebab itulah Tow Truck biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.


CLAIM LOST OF USE



Dan lagi best, anda boleh claim ‘lost of use’ pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari. Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan. RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900. Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.


Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje. Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.


PASTIKAN BENGKEL TUKAR BARANG KAT KERETA YANG ROSAK



Pertama, pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu. Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak. Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar. Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.


Kedua, hati-hati dengan Tow Truck bila diaorang cakap, “Hantar kat bengkel saya je lah..!” Itu kencing je. Sebab Tow Truck takde bengkel. Dia pancing je tu.


P/s: Bacalah doa naik kenderaan


Sumber: Mallasa Syahzputra










Recommended for you