Expired : 18.06.18

KERIS 18 rapatkan silaturahim, bentuk gaya hidup sihat


BANGI, 26 Safar 1440H, Ahad – Selaras dengan matlamat mengeratkan silaturrahim antara ahli dan menerapkan gaya hidup sihat, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu Islam sederhana menganjurkan Karnival Sukan Isma Selangor 2018 (KERIS 18) di Universiti Multimedia Cyberjaya, hari ini.


Pengarah KERIS 18, Ustaz Ibrahim Mohd Hassan berkata, objektif utama penganjuran adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan ahli, di samping menjadi platform untuk menerapkan gaya hidup sihat agar ummah dapat memiliki badan cergas.


Peserta KERIS 18 menunaikan solat berjemaah

“Karnival hari ini berjalan lancar. Semua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan juang yang tinggi, dan bertanding secara kompetitif dalam setiap pertandingan.


“Walaupun ada sedikit kecederaan, namun objektif utama mengeratkan silaturrahim, dan memiliki badan cergas dan akal yang cerdas tercapai,” katanya kepada Ismaweb.net.


Mengulas lanjut Ustaz Ibrahim berkata, terdapat enam jenis sukan yang dipertandingkan dalam karnival, antaranya bola sepak, bola tampar, bola jaring, futsal, badminton dan ping pong.


Penyertaan kali ini katanya amat memuaskan, kira-kira 600 peserta telah memeriahkan karnival, yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat jam 6.00 petang.


Bagi pertandingan bola sepak, pasukan dari Isma Shah Alam mengungguli pentas apabila meraih pingat emas, dituruti pasukan Isma Kuala Lumpur meraih pingat perak, dan pasukan Seremban membawa pulang pingat gangsa.


Pertandingan futsal pula dimenangi pasukan Shah Alam (1), manakala pasukan Shah Alam (2) pula pulang dengan pingat perak, dan Kuala Lumpur (1) memperoleh pingat gangsa.


Sementara itu, pertandingan bola tampar dimenangi oleh pasukan Hulu Langat, dituruti oleh pasukan Gombak dan pasukan Seremban.



“Pertandingan bola tampar kategori terbuka, pemenangnya ialah pasukan Seremban yang membawa pulang pingat emas. Di tempat kedua, pasukan Hulu Langat dan ketiga ialah pasukan Gombak.


“Badminton senior pula, pasukan Kajang memenangi tempat pertama, dan pasukan Hulu Langat di tempat kedua,” katanya.


Secara keseluruhan, pasukan Shah Alam dan Hulu Langat menggungguli pertandingan dengan masing-masing beroleh dua pingat emas, diikuti pasukan Seremban, Kuala Lumpur, Klang dan Kajang dengan masing-masing membawa pulang satu pingat emas.



The post KERIS 18 rapatkan silaturahim, bentuk gaya hidup sihat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop