Expired : 18.06.18

Kes dadah anak: Mat Sabu serah pada undang-undang


KUALA LUMPUR, 2 Syaaban 1440H, Isnin – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, beliau menyerahkan kepada proses undang-undang untuk mengadili pendakwaan kes anaknya yang sebelum ini disiasat mengikut kesalahan dadah.


“Saya serahkan kepada pengamal undang-undang. Tidak ada komen apa-apa (berhubung pendakwaan),” katanya ringkas di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri dalam satu jawapan bertulis Dewan Rakyat bertarikh 4 April menyebut, siasatan bagi kes kesalahan membabitkan anak menteri telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara dan dijangka dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini pada 5 Januari lalu, media melaporkan mengenai anak lelaki Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam adalah antara dua lelaki yang ditahan dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan bersama rakannya berusia 33 tahun, apabila didapati positif dadah jenis ganja.

Mohamad Sabu sebelum ini juga dilaporkan berkata, anaknya sama seperti anak orang lain yang tertakluk kepada proses undang-undang negara. – Bernama


The post Kes dadah anak: Mat Sabu serah pada undang-undang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop