Expired : 18.06.18

Kes MPSJ zalimi anjing liar, Permaisuri Agong akui 'takut nak tengok video'

Paparan skrin video menunjukkan penguat kuasa MPSJ menangkap anjing liar. — Foto ihsan Twitter/Sellam Manian
Paparan skrin video menunjukkan penguat kuasa MPSJ menangkap anjing liar. — Foto ihsan Twitter/Sellam Manian

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Kekecohan kejadian tangkapan anjing liar dekat Taman Puchong Perdana Khamis lalu mengundang perhatian Tuanku Azizah Aminah Maimunah.

Memberi reaksi terhadap rakaman yang dimuat naik pengguna Twitter Sellam Manian, Permaisuri Agong mengakui baginda  terkejut dengan kejadian yang berlaku berhampiran Apartment Desa Millenium.


“Ya Allah... Terus terang saya cakap, saya takut nak tengok video tu,” tulis baginda di ruang komen.



terus terang sy cakap saya takut nak tengok video tu


— azizah iskandar (@cheminahsayang) October 5, 2019

Ditonton lebih 420,000 sejak 4 Oktober lalu, video empat minit mengundang kemarahan warga maya terhadap tindakan “kurang profesional”kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).


“Tolong Tuanku, bantu rakyat, kita bukan kira perkauman... binatang tak salah,” kata Nur Erliza.


“Anjing ialah haiwan yang paling menghargai tuannya. Kalau tak suka sekalipun, jangan sakitkan anjing tu. Boleh je tarik elok elok,” kata Aliaa Maisyara pula.


“Anjing juga perlu dilayan dengan baik, belas, dan ihsan... Walaupun ia akan dibunuh. Berilah penghormatan terakhir buat mereka. Apa agama ajarkan tentang ihsan?” tulis Muaz syamil azizan:


Sementara itu, exco kerajaan Selangor dan MPSJ melalui kenyataan media Jumaat lalu memohon maaf atas perbuatan penguat kuasa sewaktu mereka menjalan operasi tangkapan.


“Saya bagi pihak kerajaan negeri Selangor ingin memohon maaf terhadap insiden itu,” kata Ng Sze Han dalam kenyataan.


Timbalan pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ pula berkata operasi tersebut dibuat berdasarkan aduan dan mengikut tatacara operasi piawaian dan peraturan.


Azfarizal Abdul Rashid berkata petugas MPSJ cuba menangkap anjing yang bersembunyi bawah kenderaan tetapi mereka diprovokasi dua individu ketika menjalankan tugas.


Norlida Ishak Shop