Expired : 18.06.18

Kes Pertuduhan Najib Pindah Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibenarkan untuk memindahkan 21 kes pengubahan wang haram dan empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.


Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram tidak membantah terhadap permohonan itu.


Pada 20 September lalu, Ahli Parlimen Pekan itu mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.


Pada tarikh sama, beliau turut membuat pengakuan serupa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.


Ketika ini, pengurusan kes bagi tujuh pertuduhan membabitkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. sedang didengar di mahkamah sama. – UTUSAN ONLINE


Norlida Ishak Shop