Expired : 18.06.18

Kes rogol: Polis tahan Exco Perak

pic

IPOH, 7 Zulkaedah 1440H, Rabu – Polis menahan seorang Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata, anggota Exco berkenaan ditahan semalam bagi membantu siasatan lanjut.

“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan kita,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkaitan penangkapan itu dan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Semalam, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, membuat laporan polis di Balai Jelapang di sini Isnin lepas, mendakwa dirogol anggota Exco di rumahnya, dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Bernama



The post Kes rogol: Polis tahan Exco Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop