Expired : 18.06.18

Kesihatan Peminat Lebih Penting, BTS Batalkan Konsert Di Seoul Sebab Koronavirus

Kesihatan Peminat Lebih Penting, BTS Batalkan Konsert Di Seoul Sebab Koronavirus | Artikel | Gempak



Atas







Mya Amri



Hiburan


Kesihatan Peminat Lebih Penting, BTS Batalkan Konsert Di Seoul Sebab Koronavirus
Kumpulan K-Pop terkenal, BTS telah membatalkan konsert MAP OF THE SOUL TOUR di Seoul, Korea.
 
Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 11, 12, 18 dan 19 April depan dibatalkan berikutan kes peningkatan jangkitan koronavirus (COVID-19) di negara berkenaan.
 
Kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh syarikat naungan BTS, Big Hit Entertainment hari ini menerusi aplikasi untuk peminat iaitu Weverse.
 
“Dengan rasa kesal kami ingin memaklumkan mengenai pembatalan konsert BTS MAP OF THE SOUL TOUR - SEOUL.
 
“Perancangan untuk mengadakan konsert ini melibatkan produksi daripada syarikat hlobal dan juga kru-kru profesional antarabangsa dengan lebih 200,000 peminat konsert yang bakal hadir.
 
“Bagaimanapun disebabkan kes global penularan wabak koronavirus, menyebabkan ia agak mustahil untuk meneruskannya. Selain tidak dapat menjangkakan jumlah kes wabak tersebut pada April kelak.
 
“Kami berharap anda semua faham kerana keputusan ini dibuat dengan begitu berhati-hati dan mengambil kira saranan kerajaan yang mahukan meminikan aktiviti luar berikutan wabak berkenaan.
 
“Tiket-tiket yang telah dibeli akan dipulangkan semula. Kami benar-benar mohon maaf. Terima kasih,” - Big Hit Entertainment
 
Terdahulu, MAP OF THE SOUL: 7 merupakan album baru BTS.
 
BTS yang dianggotai oleh Jin, Suga, J-HOPE, RM, Jimin, V dan Jungkook ini telah membuat kemunculan semula dengan lagu hit berjudul Black Swan dan On.
 
BTS sebelum ini terkenal dengan lagu Fake Love, DNA, Idol dan Boy With Luv.