Expired : 18.06.18

Ketahui Kisah Benar Di Sebalik Filem ‘Nang Nak’

Filem seram merupakan salah satu genre filem kegemaran rakyat Malaysia. Ada sahaja tayangan filem hantu di pawagam, pasti ramai orang akan berpusu-pusu untuk menontonnya.


Tahukah anda terdapat beberapa dari filem hantu ini adalah berdasarkan dari kisah benar. Antara filem seram yang diadaptasi daripada kisah benar adalah seperti filem Nang Nak dari negara jiran iaitu Thailand.



Justeru itu, seorang pengguna Facebook, John Mohamed ada menceritakan tentang kisah sebenar disebalik filem seram ini.


Kisah lagenda ini merupakan kisah turun temurun yang diceritakan dari generasi ke generasi di Thailand. Menurut kisah lagenda ini, Nak atau lebih dikenali sebagai Nang Nak merupakan seorang wanita cantik yang tinggal bersama suaminya, Mak. Mereka berdua tinggal di kawasan tebing sungai yang bernama Phra Khanong, terletak dalam kawasan Bangkok.



Sumber: Facebook John Mohamed



Kisah ini bermula sekitar 1800 ketika zaman pemerintahan Raja Rama Keempat, cerita lagenda ini bermula apabila Mak dikerah untuk menyertai tentera Thailand dan pergi berperangan ketika itu, dalam peperangan tersebut, Mak telah cedera parah dan dia telah mendapat rawatan di hospital tengah bandar Bangkok.


Malangnya ketika itu Nak dan bayi yang dikandungnya meninggal dunia akibat komplikasi ketika melahirkan anak sulung mereka, pada waktu itu, Mak memang tidak tahu menahu bahawa isteri dan anaknya sudah meninggal dunia.


Apabila telah pulih dari kecederaan, Mak pulang kampung halaman dia. Mak rasa sangat gembira apabila melihat isterinya sudah bersalin. Tetapi Mak rasa tidak senang hati apabila orang kampung bercakap tentang mereka, Mak dikatakan tinggal bersama hantu.



Sumber: Facebook John Mohamed



Hanya Mak sahaja yang nampak isteri dan anaknya. Disebabkan perkara itu, orang kampung mengatakan bahawa dia tinggal dengan hantu. Mak pada mulanya tidak percaya akan perkara tersebut dan menggangap orang kampung cemburu serta iri hati terhadap keluarga mereka.


Namun pada suatu hari, ketika Nak sedang menyediakan makanan yang dipanggil Nam Phrik iaitu sambal belacan Thailand. Ketika Nak memerah limau nipis, limau tersebut terjatuh ke bawah rumah, dan Nak memanjangkan tangannya untuk mengambil limau tersebut.


Tanpa dia sedari, perbuatannya itu sedang diperhatikan oleh Mak, disebabkan kejadian itu, Mak percaya tentang cerita yang dibawa orang kampung yang mengatakan bahawa sebenarnya isteri dan anaknya telah mati, kemudian bertukar menjadi hantu.



Sumber: Facebook John Mohamed



Dia sedar yang dia perlu lari dari rumah tersebut, apabila malam menjelma, Mak memberitahu isterinya bahawa dia ingin pergi ke tandas. Kemudian, dia terus berlari sekuat hati meninggalkan rumahnya itu dan dia dikatakan menyorok di dalam semak yang ditumbuhi dengan pokok Naat.


Orang Thailand percaya hantu atau roh jahat tidak akan sesekali datang dekat dengan kawasan yang ada Pokok Naat ini. Kemudian, Mak melarkan diri ke sebuah kuil yang diberi nama Kuil Mahabut. Di kuil itu juga, hantu atau roh jahat dikatakan tidak boleh masuk disebabkan orang Thailand percaya kuil tersebut merupakan tempat suci.


Nak dapat tahu yang suaminya sudah melarikan diri, akibat mulut orang kampung yang bercakap pasal kematiannya. Hantu Nak mula mengganggu penduduk kampung tersebut sehingga keadaan kampung tidak tenteram.


Selepas hantu Nang Nak membuat kacau di kampung tersebut, pawang akhirnya berjaya tangkap roh hantu Nak dan meletakkannya dalam tembikar tanah lalu dibuang dalam sungai.


Untuk pengetahuan anda, penduduk di sana ada buat tempat sembahan kecil khas untuk Nang Nak. Terletak di dalam kawasan Kuil Mahabut, patung dan juga lukisan gambar Nang Nak dipamerkan di situ. Ada penduduk tempatang yang datang untuk meminta hajat dengan membawa kain berwarna dan juga buah, bunga serta colok.



Sumber: Facebook John Mohamed



Anda peminat kisah-kisah seram seperti ini? Klik pautan dibawah untuk kisah seram yang lain



Rasai Pengalaman Unik, ‘Check-In’ Ke Hotel Berhantu Pertama Di Asia Tenggara





Netizen Berbalah Tentang Kesahihan Rakaman Video Penampakan ‘Hantu’ Dari Indonesia Ini





5 Legenda Hantu Yang Terkenal Dan Menyeramkan Di Malaysia




Norlida Ishak Shop