Expired : 18.06.18

Ketika Kecoh Aliff Aziz Dengan Budak Tiktok, Anak Dia Rupanya Sedang Sakit Dan Bella Yang Tanggung

MESKIPUN berdepan kontroversi curang kali ketiga selepas penularan foto bersama seorang gadis berpakaian seksi, penyanyi Alif Aziz mengambil langkah mengunci mulut berhubung isu berkenaan.
Aliff sebaliknya dilihat sibuk mempromosikan produk berbayar di Instagram miliknya sejak Selasa seakan tiada apa yang berlaku.
Berdasarkan pemerhatian mStar, Aliff memuat naik dua posting produk di ruangan timeline dan Instastory.

Posting terbaru Aliff Aziz mempromosikan produk
Bagaimanapun ruangan komen pada posting berkenaan ditutup seperti foto-foto sebelumnya.
Sementara itu isterinya, Bella Astillah pula dilihat terpaksa menguruskan anak mereka yang sedang sakit tanpa kehadiran Aliff di sisi.
Menerusi perkongsian Bella di Instastory, dia dilihat bersama anaknya, Mohamad Ayden Adrean ke klinik untuk menerima rawatan kerana tidak sihat.
Terdahulu, sebuah foto mirip Aliff Aziz tanpa baju bersama seorang gadis berpakaian seksi dikenali sebagai Nismell tersebar di laman sosial.

Bella berkongsi perkara itu di Insta story



Perbuatannya itu memaksa Bella mengambil keputusan tegas mempertimbangkan untuk meneruskan hidup bersama anaknya tanpa Aliff.
Untuk rekod, ia merupakan kali ketiga kes curang membabitkan Aliff dilaporkan media.
Aliff sebelum ini pernah didapati curang hingga menggemparkan dunia hiburan pada 2017 membabitkan pelakon Afifah Nasir apabila mereka dicekup keluar berhibur di pusat Karaoke.
Sumber : MSTAR ONLINE via klviral
Semoga dipermudahkan urusan Bella, harap anak dia akan sihat semula …

Norlida Ishak Shop